CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 10 May 2012

latihan



saudara/ saudari sekalian,
Disini kami sertakan beberapa link laman web yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan latihan tambahan bagi lukisan oblik, isometrik dan ortografik yang telah diajarkan dalam halaman sebelumnya.



PENGENALAN

Untuk pengetahuan adik-adik, dalam blog cekGu Upsii... kami telah sediakan beberapa info atau maklumat mengenai lukisan kejuruteraan. Antaranya adalah mengenai lukisan unjuran ortografik, lukisan isometri dan lukisan oblik. Insyaallah, segala maklumat yang adik-adik perlukan semuanya terdapat di sini.

   Selain daripada maklumat yng disediakan, terdapat juga beberapa soalan tutorial yang telah kami sediakan untuk adik-adik. Semoga dengan soalan tutorial yang kami sediakan ini dapat membantu meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan adik-adik tentang lukisan kejuruteraan ini.

LAMAN UTAMA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

Selamat Datang ke blog "cekGu Upsii..."...

Diharap segala perkongsian ilmu ini dapat membantu adik-adik di luar sana. 
Kami memohon maaf sekiranya terdapat  kekurangan ataupun kesilapan pada info atau maklumat yang disediakan.

Kata-kata inspirasi pembangkit semangat untuk adik-adik semua:-
   "Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!."
#p/s: Selamat mengulangkaji pelajaran!!!

Wednesday, 9 May 2012

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pertama dan selama-lamanya kami bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurnia-Nya kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini.

Di kesempatan ini juga kami  ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan  terima kasih kepada pensyarah Rekabentuk Berkomputer  kami  iaitu Puan Azniah binti Ismail  di  atas  tunjuk  ajar,  bimbingan,  kesabaran,  tolak  ansur  dan  dorongan  beliau sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
 Tidak  lupa  juga kepada  semua pensyarah dan  rakan-rakan yang  terlibat samada
secara  langsung  atau  tidak  langsung  dalam  menjayakan  tugasan  ini.  Komitmen,
pandangan  dan  kritikan yang membina yang telah diberikan telah banyak membantu  dan   memudahkan kami untuk  proses  penghasilan  blog ini.
 
  Sesungguhnya, bantuan dah kerjasama kalian amat kami dihargai. Semoga penghasilan  blog ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat serta peningkatan ilmiah kita bersama. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
 
 
Terima kasih sekali lagi diatas segalanya…..
 
 
Sekian 





Credit ke atas blogger diatas tutorial kepada kami dalam menghasilkan blog yang terbaik!!!.
 
#   http://www.zuarxpdc.com

#     http://www.blogbulk.com 

#     http://www.slideshare.net/nomasra/lukisan-oblik
# http://www.authorstream.com/Presentation/nizamlangitsenja-1039334-lukisan-kejuruteraan-oblik/

TUTORIAL ISOMETRI



1) Lukisan 3 dimensi (3D) adalah berdasarkan tiga paksi yang dikenali sebagai paksi  isometrik.
Namakan ketiga-tiga paksi tersebut.

(a)_________________________________________________
(b)_________________________________________________
(c)_________________________________________________


2) Lukisan isometrik memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan _____________, pandangan ___________________ dan pandangan  _________________ secara serentak.



3). Antara berikut, sistem manakah yang digunakan untuk mendimensi lukisan isometrik.

      I.  Sistem paksi
II.  Sistem searah
III. Sistem terjajar
IV. Sistem ekaarah

A.    I dan II
B.    I dan III
C.    III dan IV
D.    II dan IV    
     

4).   Antara berikut, manakah benar  tentang lukisan isometri.

A.    Garisan objek adalah nipis dan halus
B.    Elips adalah bulatan dalam unjuran ortografik
C.    Garisan binaan perlu dipadam selepasa garisan objek dilukis
D.    Anak panah yang digunakan untuk menunjukkan jejari lengkung



5)   Ukuran untuk lukisan isometri diperoleh daripada
A.    Unjuran ortografik
B.    Model
C.    Projek
D.    Lukisan serong


           




EMPUNYA BLOG NIE......


Aha, inilah krew-krew yang telah bertungkus-lumus dari pagi hingga malam sepanjang beberapa minggu ni (emmm,betul ke??)  menyiapkan blog "cekGu UpSii".
             





Diharapkan segala ilmu dan info-info yang diberi akan membantu adik-adik menambah pengetahuan baru tentang Rekabentuk Berkomputer. (Adik-adik yang ambil Lukisan Kejuruteraan pun  boleh baca juga..).




                                                   


Sekiranya ada ape-ape yang kurang.... ~~~maapkan kami...  maapkan kami~~~ hehehhehe                                            







Seandainye maklumat dan info yang diberi  tidak menepati citarasa dan selera adik-adik sekalian, dengan bangga hatinya dialu-alukanlah bagi  FEEDBACK kpd kami nih!!!! huhuhu..
Almaklumlah kami nih bodak (budak ker??? ) baru belajar (emm, baru blajaq??? )
Baru belajar buat blog ~~~lalalala~~~




 

Tuesday, 8 May 2012

KAEDAH MELUKIS LUKISAN OBLIK.


CARA PEMILIHAN SUDUT YANG BERSESUAIAN

l1. bagi melukis oblik kita akan memilih sudut mengikut kesesuaian bentuk objek dan bilangan objek di permukaannya. jika objek besar tidak sesuai mengunakan sudut yang besar iaitu 60 darjah bagi mengelakan unjuran kelihatan terlampau besar.

l2. Sudut yang besar sesuai untuk mempamerkan butiran pada permukaan atas manakala sudut yang kecil digunakan untuk mempamerkan bentuk yang lebih jelas pada permukaan tepi. oleh itu, jika ingin melihat dengan lebih jelas pada pemukaan sisi atau atas perlu mengunakan sudut yang bersesuaian.



CARA MELUKIS OBLIK.




LANGKAH 1:


binakan satu satah untuk melukis oblik.





                                     
                                                  


LANGKAH 2:


pilih salah satu sudut yang ingin digunakan bagi melukis objek mengunakan oblik berdasarkan  sudut yang bersesuaian bagi objek terbabit dan unjurkan ia ke belakang.





LANGKAH 3:


lukiskan pandangan hadapan objek dengan mengunakan ukuran yang sama panjang bagi setiap sisi garisan pada pemukaan terbabit.


LANGKAH 4 :


bagi lukisan ini kami memilih kelas unjuran kavalier dan bersudut  45 darjah . oleh itu, ukuran bagi panjang unjuran adalah berunjuran ukuran penuh atau dengan kefahaman yang lebih mudah, ukuran pada garisan pemukaan akan diunjurkan ke belakang dengan ukuran yang sama. seperti rajah diatas.
                                                           
 
LANGKAH 5:


sambungkan garisan pada unjuran kebelakang tadi dengan garisan melintang dan pastikan ukuranya sama dengan  garisan lain.




SELESAI...
ITU JERRR TUTORIALNYA
 disini kami sertakan link bagi video Oblik Kabinet sebagai penambahan pemahaman anda......

http://www.youtube.com/watch?v=uMbgCe0FniI

P/S  =   JIKA TERDAPAT KESILAPAN PADA PIHAK KAMI SILALAH BERI KOMEN YANG    
             BERNAS AGAR KESILAPAN DAPAT DIPERBETULKAN BERSAMA-SAMA.
             TQ...