Adik-adik perlu memahami konsep asas pandangan isometri dan mengolahnya daripada unjuran ortografik kepada pandangan isometri serta dimensi piawaiannya. Disini disediakan konsep yang adik-adik perlu tahu tentang isometri.
SEJARAH
LUKISAN ISOMETRI
Sejarah lukisan isometri
ini bermula selepas lukisan ini telah diformalkan oleh Professor Williams
Farish setelah lukisan ini digunakan sejak berabad sebelumnya. Lukisan isometri mula
tidak digunakan secara formal sejak pertengahan abad ke-19.
KONSEP
1) Merupakan lukisan piktorial atau lukisan bergambar yang dapat memberikan
maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.
2) Lukisan isometri mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat
dipandang iaitu:-
# Panjang
# Lebar
# Tinggi.
3) Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z.
4) Paksi X dan paksi Y adalah condong 30º dari paksi mendatar.
5) Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.
4) Paksi X dan paksi Y adalah condong 30º dari paksi mendatar.
5) Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.
Ia dapat
menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam 3
dimensi (3D) melalui pelan, pandangan hadapan,
dan pandangan sisi.
Rajah 1.0 Arah Paksi lukisan Isometri |
6) Semua garisan yang selari dengan paksi-paksi
isometri dinamakan garisan isometri. Manakala garisan yang tidak selari dengan paksi-paksi isometri dinamakan garisan bukan isometrik.
DIMENSI PIAWAI
PADA LUKISAN ISOMETRI
Prinsip
asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga untuk
mendimensi lukisan isometri. Terdapat 2 sistem pendimensian lukisan isometri iaitu:-
☺Sistem terjajar
Sistem ini adalah menggunakan garisan dimensi yang selari dengan paksi yng didimensikan.
☺Sistem ekaarah
Semua dimensi dibaca dari bawah. Ia mudah dibaca dan ditulis.
Sistem ini adalah menggunakan garisan dimensi yang selari dengan paksi yng didimensikan.
☺Sistem ekaarah
Semua dimensi dibaca dari bawah. Ia mudah dibaca dan ditulis.
Terdapat
beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometri dengan pendimensian
lukisan unjuran ortografik. Perbezaannya adalah seperti berikut:-
1) Garisan
tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi isometri.
Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometri yang sama.
Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan pada satah yang sama
dengan permukaan objek yang di dimensikan.
2) Dalam
pendimensian lukisan isometri mengikut sistem terjajar, angka dimensi yang
digunakan untuk pendimensian lukisan isometri perlu diubah suai supaya angka
itu kelihatan selaras dengan pandangan isometri. Dapat dilakukan dengan menulis
huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke kanan sebanyak 600. Pemilihan
arah kecondongan bergantung kepada satah isometri di mana garisan dimensi
ditempatkan.
No comments:
Post a Comment