CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 30 March 2012

JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.




Pelbagai jenis lukisan boleh digunakan untuk melukis lakaran sesuatu reka bentuk. Ilustrasi boleh digambarkan secara dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D). Lakaran perkembangan reka bentuk membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D dengan pelbagai gaya dan sudut pandangan yang berbeza. Antara jenis lukisan tersebut adalah unjuran ortografik.

    

Terdapat 2 sistem yang biasa digunakan dalam unjuran ortografik iaitu:
   *UNJURAN SUDUT PERTAMA.
   *UNJURAN SUDUT KETIGA.



    Lukisan ortografik adalah lukisan yang berdasarkan prinsip unjuran selari. Sistem lukisan ini menggunakan dua atau lebih pandangan untuk memberi maklumat dan penghuraian yang lengkap mengenai bentuk objek yang dilukis. Tujuan utama lukisan ini ialah untuk menyampaikan maklumat yang tepat melalui pandangannya supaya objek yang dilukis dapat dihasilkan dengan sempurna. Ia juga boleh dihasilkan dengan lukisan berbantu komputer (CAD).Lukisan 2D adalah dalam satah Cartesan 2 paksi iaitu paksi-x dan paksi-y. Lukisan 2D yang banyak digunakan adalah dalam bentuk lukisan unjuran ortografik. Garisan penglihatan dari mata pemerhati kepada objek adalah selari antara satu sama lain dan berserenjang kepada satah unjuran.

  
 PANDANGAN ORTOGRAFIK ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. 
Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.


Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :
  • Pandangan atas (pelan)
  • Pandangan depan (hadapan)
  • Pandangan sisi (samping)

                                                          Pelan (y)
                                    

                 Pandangan hadapan (w)                    Pandangan sisi (x)

Kegunaan dan kepentingan lukisan ortografik


1. Memahami konsep asas, memahami contoh bentuk – bentuk asas , membiasakan diri dengan latihan – latihan mudah, sederhana dan latihan – latihan yang lebih rumit adalah amalan yang baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. Pada peringkat permulaan , pelajar – pelajar perlu memahami bagaimana untuk  memindahkan bentuk isometrik kepada bentuk ortografik dan kemudian melengkapkan pandangan – pandangan ortografik dengan kaedah garisan unjuran.  Kaedah ini akan digunakan dalam lukisan keratan dan lukisan mesin.
 
 Mengenal satah dalam unjuran ortografik
 
# Lukisan ini melibatkan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk ( mendatar ) dan  satah menegak tambahan ( susuk ) .
# Satah dalam lukisan teknikal merupakan satu permukaan yang  mempunyai ukuran yang tebal atau kedudukan tertentu.
# Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat.


Kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari satu arah pandangan:
*Kedudukan kedua – dua satah iaitu satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang diantara satu sama lain dalam sudut 90 darjah.
*Menghasilkan  empat bahagian yang  dikenali sebagai sukuan pertama, sukuan kedua, sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat.
*Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut.  Dengan itu ia dinamakan sudut pertama , sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat.


Sila rujuk Rajah 3 untuk menentukan nama bahagian sudut – sudut tersebut.



Rajah 3



*Dari empat  sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga.  Keadaan ini berlaku adalah kerana apabila satah – satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan ( pandangan ) yang terhasil pada satah – satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih diantara satu sama lain.
 *Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan. Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas.

Satu bongkah dalam pandangan bergambar


Rajah 5

 
*Pada lukisan bergambar seperti Rajah 5 ia menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan. Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan dengan lengkap , sais , rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan.

*Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan buka sudut yang sebenar dan bentuk bulatan dilihat berbentuk ellip yang sepatutnya berbentuk bulat.
*Ini bermakna bentuknya yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.
Rajah 6
*Pandangan yang mengelirukan dalam lukisan bergambar dapat ditunjukkan dengan terang dan jelas dalam lukisan ortografik.Sebagai contoh bentuk V pada Rajah 6 dapat ditunjukkan ukuran dan bentuknya pada pandangan hadapan dengan terang dan jelas.

*Ukuran dan bentuk bulatan dapat dilihat pada pandangan atas.  Ini menunjukkan pandangan ortografik adalah satu lukisan yang terang, jelas dan lengkap.

Unjuran sudut pertama

Rajah 7

*Rajah 7 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar. 
*Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek.
*Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran sudut pertama.


Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama






Rajah 9





*Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.
*Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek. 




Unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan.  

*Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan , pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan seperti dalam Rajah 9.


Rajah 10


*Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.
*Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek.
 *Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga. 





Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut ketiga






Rajah 11




*Dalam Rajah 11, pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek. 
*Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek. 



Rajah 12


*Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah. 
 *Walau bagaimanapun hanya tiga pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. 
 *Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja

Simbol lukisan unjuran 

*Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan.


*Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. 


*Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.


 
Simbol unjuran sudut pertama.









Simbol

 

 Simbol unjuran sudut ketiga


Simbol











 










No comments:

Post a Comment