CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 31 March 2012

PENGENALAN






       Lukisan Unjuran Ortografik bolehlah dianggapkan sebagai LUKISAN DUA DIMENSI kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu  LEBAR dan TINGGI,atau PANJANG dan TINGGI sesuatu objek.

         Perkataan UNJURAN seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objk itu.Dari rataan ini sudut pandangan itu diperolehi.Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari suatu arah pandangan.

Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-

a)  PRINSIP UNJURAN BERPUSAT.


b)   PRINSIP UNJURAN SELARI.

     

        PANDANGAN ORTOGRAFIK ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.

Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.

Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :
  • Pandangan atas (pelan)
  • Pandangan depan (hadapan)
  • Pandangan sisi (samping)

                                                          Pelan (y)
                                     

                 Pandangan hadapan (w)                    Pandangan sisi (x)