CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 10 May 2012

latihan



saudara/ saudari sekalian,
Disini kami sertakan beberapa link laman web yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan latihan tambahan bagi lukisan oblik, isometrik dan ortografik yang telah diajarkan dalam halaman sebelumnya.



PENGENALAN

Untuk pengetahuan adik-adik, dalam blog cekGu Upsii... kami telah sediakan beberapa info atau maklumat mengenai lukisan kejuruteraan. Antaranya adalah mengenai lukisan unjuran ortografik, lukisan isometri dan lukisan oblik. Insyaallah, segala maklumat yang adik-adik perlukan semuanya terdapat di sini.

   Selain daripada maklumat yng disediakan, terdapat juga beberapa soalan tutorial yang telah kami sediakan untuk adik-adik. Semoga dengan soalan tutorial yang kami sediakan ini dapat membantu meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan adik-adik tentang lukisan kejuruteraan ini.

LAMAN UTAMA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

Selamat Datang ke blog "cekGu Upsii..."...

Diharap segala perkongsian ilmu ini dapat membantu adik-adik di luar sana. 
Kami memohon maaf sekiranya terdapat  kekurangan ataupun kesilapan pada info atau maklumat yang disediakan.

Kata-kata inspirasi pembangkit semangat untuk adik-adik semua:-
   "Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!."
#p/s: Selamat mengulangkaji pelajaran!!!

Wednesday, 9 May 2012

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pertama dan selama-lamanya kami bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurnia-Nya kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini.

Di kesempatan ini juga kami  ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan  terima kasih kepada pensyarah Rekabentuk Berkomputer  kami  iaitu Puan Azniah binti Ismail  di  atas  tunjuk  ajar,  bimbingan,  kesabaran,  tolak  ansur  dan  dorongan  beliau sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
 Tidak  lupa  juga kepada  semua pensyarah dan  rakan-rakan yang  terlibat samada
secara  langsung  atau  tidak  langsung  dalam  menjayakan  tugasan  ini.  Komitmen,
pandangan  dan  kritikan yang membina yang telah diberikan telah banyak membantu  dan   memudahkan kami untuk  proses  penghasilan  blog ini.
 
  Sesungguhnya, bantuan dah kerjasama kalian amat kami dihargai. Semoga penghasilan  blog ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat serta peningkatan ilmiah kita bersama. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
 
 
Terima kasih sekali lagi diatas segalanya…..
 
 
Sekian 





Credit ke atas blogger diatas tutorial kepada kami dalam menghasilkan blog yang terbaik!!!.
 
#   http://www.zuarxpdc.com

#     http://www.blogbulk.com 

#     http://www.slideshare.net/nomasra/lukisan-oblik
# http://www.authorstream.com/Presentation/nizamlangitsenja-1039334-lukisan-kejuruteraan-oblik/

TUTORIAL ISOMETRI



1) Lukisan 3 dimensi (3D) adalah berdasarkan tiga paksi yang dikenali sebagai paksi  isometrik.
Namakan ketiga-tiga paksi tersebut.

(a)_________________________________________________
(b)_________________________________________________
(c)_________________________________________________


2) Lukisan isometrik memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan _____________, pandangan ___________________ dan pandangan  _________________ secara serentak.



3). Antara berikut, sistem manakah yang digunakan untuk mendimensi lukisan isometrik.

      I.  Sistem paksi
II.  Sistem searah
III. Sistem terjajar
IV. Sistem ekaarah

A.    I dan II
B.    I dan III
C.    III dan IV
D.    II dan IV    
     

4).   Antara berikut, manakah benar  tentang lukisan isometri.

A.    Garisan objek adalah nipis dan halus
B.    Elips adalah bulatan dalam unjuran ortografik
C.    Garisan binaan perlu dipadam selepasa garisan objek dilukis
D.    Anak panah yang digunakan untuk menunjukkan jejari lengkung



5)   Ukuran untuk lukisan isometri diperoleh daripada
A.    Unjuran ortografik
B.    Model
C.    Projek
D.    Lukisan serong


           




EMPUNYA BLOG NIE......


Aha, inilah krew-krew yang telah bertungkus-lumus dari pagi hingga malam sepanjang beberapa minggu ni (emmm,betul ke??)  menyiapkan blog "cekGu UpSii".
             





Diharapkan segala ilmu dan info-info yang diberi akan membantu adik-adik menambah pengetahuan baru tentang Rekabentuk Berkomputer. (Adik-adik yang ambil Lukisan Kejuruteraan pun  boleh baca juga..).




                                                   


Sekiranya ada ape-ape yang kurang.... ~~~maapkan kami...  maapkan kami~~~ hehehhehe                                            







Seandainye maklumat dan info yang diberi  tidak menepati citarasa dan selera adik-adik sekalian, dengan bangga hatinya dialu-alukanlah bagi  FEEDBACK kpd kami nih!!!! huhuhu..
Almaklumlah kami nih bodak (budak ker??? ) baru belajar (emm, baru blajaq??? )
Baru belajar buat blog ~~~lalalala~~~




 

Tuesday, 8 May 2012

KAEDAH MELUKIS LUKISAN OBLIK.


CARA PEMILIHAN SUDUT YANG BERSESUAIAN

l1. bagi melukis oblik kita akan memilih sudut mengikut kesesuaian bentuk objek dan bilangan objek di permukaannya. jika objek besar tidak sesuai mengunakan sudut yang besar iaitu 60 darjah bagi mengelakan unjuran kelihatan terlampau besar.

l2. Sudut yang besar sesuai untuk mempamerkan butiran pada permukaan atas manakala sudut yang kecil digunakan untuk mempamerkan bentuk yang lebih jelas pada permukaan tepi. oleh itu, jika ingin melihat dengan lebih jelas pada pemukaan sisi atau atas perlu mengunakan sudut yang bersesuaian.



CARA MELUKIS OBLIK.




LANGKAH 1:


binakan satu satah untuk melukis oblik.





                                     
                                                  


LANGKAH 2:


pilih salah satu sudut yang ingin digunakan bagi melukis objek mengunakan oblik berdasarkan  sudut yang bersesuaian bagi objek terbabit dan unjurkan ia ke belakang.





LANGKAH 3:


lukiskan pandangan hadapan objek dengan mengunakan ukuran yang sama panjang bagi setiap sisi garisan pada pemukaan terbabit.


LANGKAH 4 :


bagi lukisan ini kami memilih kelas unjuran kavalier dan bersudut  45 darjah . oleh itu, ukuran bagi panjang unjuran adalah berunjuran ukuran penuh atau dengan kefahaman yang lebih mudah, ukuran pada garisan pemukaan akan diunjurkan ke belakang dengan ukuran yang sama. seperti rajah diatas.
                                                           
 
LANGKAH 5:


sambungkan garisan pada unjuran kebelakang tadi dengan garisan melintang dan pastikan ukuranya sama dengan  garisan lain.




SELESAI...
ITU JERRR TUTORIALNYA
 disini kami sertakan link bagi video Oblik Kabinet sebagai penambahan pemahaman anda......

http://www.youtube.com/watch?v=uMbgCe0FniI

P/S  =   JIKA TERDAPAT KESILAPAN PADA PIHAK KAMI SILALAH BERI KOMEN YANG    
             BERNAS AGAR KESILAPAN DAPAT DIPERBETULKAN BERSAMA-SAMA.
             TQ...

LATIHAN LUKISAN OBLIK.

1) Pada pandangan manakah sudut 60 darjah sesuai digunakan?
2) Oblik sesuai untuk ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran. selain itu ia juga sesuai digunakan pada objek? objek yang pendek
objek yang panjang
objek yang lurus
3) Oblik turut dikenali sebagai apa? unjuran sudut ke 3
unjuran berpusat
unjuran serong
4) Oblik terdiri daripada berapa kelas 2 kelas
3 kelas
4 kelas
5) Apakah ukuran yang digunakan bagi unjuran kabinet? 1/2 drpd ukuran sebenar
3/4 drpd ukuran sebenar
ukuran sebenar bagi satah dan unjuran
6) Apakah pemukaan yang ingin ditonjolkan semasa mengunakan sudut yang kecil pandangan hadapan
pandangan atas
pandangan tepi
Name:
Email Address:





This HTML form was created by Freedback.

APA ITU LUKISAN OBLIK.


Lukisan oblik ialah salah satu daripada lukisan yang terdapat dalam lukisan kejuruteraan. Oblik juga boleh dikenali sebagai unjuran serong yang terdiri daripada salah satu lukisan sudut pandangan selain daripada pandangan isometrik, ortografik dan pandangan perspektif.
     
           Melalui lukisan oblik kita akan dapat melihat sebuah lukisan yang terdiri daripada objek atau bentuk yang mana berbentuk dalam sudut tiga dimensi iaitu terdapatnya paksi X, Y dan Z yang juga dikenali sebagai paksi mengufuk, menegak dan paksi surut. oleh itu, objek yang dilukis mengunakan lukisan oblik boleh diputarkan untuk melihat bentuk sebenar.




CIRI-CIRI OBLIK.

       


  1. Mempunyai sudut kedalaman pada paksi surut iaitu 30, 45 dan 60 darjah. ini dapat dilihat melalui gambarajah dibawah ini.

2. Terdapat enam jenis permukaan yang boleh terhasil daripada lukisan oblik iaitu :

Pemukaan bulat dan
 melengkung
Segitiga terpotong

Pemukaan condong, piramid,
& lubang @ menara
Pemukaan rata





3. Lukisan Oblik dapat dikelaskan kepada 3 Oblik iaitu :

      

        
Unjuran kavalier.


Unjuran kavalier merupakan unjuran yang mengunakan ukuran sebenar pada satah dan unjuran. ini bermakna  jika  satah pada objek berukuran 3cm unjurannya juga akan menjadi 3cm yang mana tiada perbezaan ukuran yang berlaku.





        Unjuran karbinet



Unjuran kabinet merupakan unjuran yang mengunakan 1/2 daripada ukuran sebenar. ini bermakna yang berubah pada lukisan ini ialah unjurannya sahaja tetapi satahnya tidak berubah. sebagai contoh jika satahnya 3cm unjuranya akan menjadi 1.5cm iaitu separuh daripada nilai sebenar.


      
             Oblik am



Bagi lukisan oblik biasa pula ia mengunakan ukuran 3/4 daripada ukuran sebenar. sama seperti pada unjuran kabinet yang berubah hanyalah unjuran sahaja.  jika satah 3cm bermakna unjuranya hanya 2.25cm.
   




KELEBIHAN OBLIK.




       1.Mudah dilukis berbanding isometri.
       2. Menggunakan satu sudut kedalaman sahaja di dalam paksi surut (300,450   
          atau  600).
      3. Bulatan boleh dielakkan dari dilukis secara elips.
           cth:

l

                   






KELEMAHAN OBLIK


1.Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan,terutamanya objek yang panjang.
2.Tidak sesuai untuk objek yang panjang seperti rel.
3.Sudut unjuran besar,bahagian unjuran pendek.
4.sudut unjuran kecil,bahagian unjuran menjadi pendek.


l


PENGENALAN ISOMETRI



Adik-adik perlu memahami konsep asas pandangan isometri dan mengolahnya  daripada unjuran  ortografik kepada pandangan isometri serta dimensi piawaiannya. Disini disediakan konsep yang adik-adik perlu tahu tentang isometri.


SEJARAH LUKISAN ISOMETRI

Sejarah lukisan isometri ini bermula selepas lukisan ini telah diformalkan oleh Professor Williams Farish setelah lukisan ini digunakan sejak berabad sebelumnya. Lukisan isometri mula tidak digunakan secara formal sejak pertengahan abad ke-19.



                                                       KONSEP

1) Merupakan lukisan piktorial atau lukisan bergambar yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.

2) Lukisan isometri mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat dipandang iaitu:-
                                # Panjang
                                # Lebar
                                # Tinggi.

3) Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z.
4) Paksi X dan paksi Y adalah condong 30ยบ dari paksi mendatar.
5) Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.


Ia dapat menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam 3 dimensi (3D) melalui pelan, pandangan hadapan, dan pandangan sisi.

Rajah 1.0 Arah Paksi lukisan Isometri


6) Semua garisan yang selari dengan paksi-paksi isometri dinamakan garisan isometri. Manakala garisan yang tidak selari dengan paksi-paksi isometri dinamakan garisan bukan isometrik.



DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRI

Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometri. Terdapat 2 sistem pendimensian lukisan isometri iaitu:-
Sistem terjajar 
       Sistem ini adalah menggunakan garisan dimensi yang selari dengan paksi yng didimensikan.
Sistem ekaarah
        Semua dimensi dibaca dari bawah. Ia mudah dibaca dan ditulis.
Terdapat beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometri dengan pendimensian lukisan unjuran ortografik. Perbezaannya adalah seperti berikut:-

1)      Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi isometri. Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometri yang sama. Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan pada satah yang sama dengan permukaan objek yang di dimensikan.

2)      Dalam pendimensian lukisan isometri mengikut sistem terjajar, angka dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometri perlu diubah suai supaya angka itu kelihatan selaras dengan pandangan isometri. Dapat dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke kanan sebanyak 600. Pemilihan arah kecondongan bergantung kepada satah isometri di mana garisan dimensi ditempatkan.

JENIS-JENIS ISOMETRI


JENIS-JENIS ISOMETRI


Paksi Lukisan Isometri
Paksi-paksi isometri berkedudukan 120°antara satu sama lain.Terdapat tiga jenis paksi isometri iaitu:-
i) Paksi biasa
Menunjukkan isometri di sebelah atas permukaan objek dengan lebih jelas. Garisan isometri dilukis bersudut 30° dengan  garisan mengufuk dan titik x adalah titik terendah.

 
                 RAJAH 2: Paksi biasa


                         RAJAH 3: Contoh objek di atas paksi biasa.





ii) Paksi Panjang
Satu daripada paksi isometri adalah selari dengan garisan mengufuk. Garisan condong dilukis 120°daripada garisan mendatar. Sesuai untuk mengambarkan objek yang berbentuk panjang.

iii) Paksi Terbalik
Dilukis dengan isometri paksi terbalik dapat menunjukkan butiran isometri di sebelah bawah permukaan objek dengan lebih jelas. Dilukis bersudut 30°dengan garisan mengufuk.



RAJAH 4: Paksi terbalik




Monday, 7 May 2012

PEMBINAAN LUKISAN ISOMETRI.





1.Anggap objek diletakkan di dalam satu kotak isometri.
2.Saiz kotak yang dibina menggunakan dimensi keseluruhan objek, iaitu ukuran ketinggian, kelebaran dan kedalaman objek.
3.Titik-titik pada setiap lengkung diunjurkan kepada satah menegak dan mendatar.
4.Pembinaan lengkung isometri menggunakan kaedah koordinat dan mempunyai permukaan yang selari dengan satah isometri.
5.Dimensi sisi serong juga perlu diunjurkan ke satah menegak dan mendatar


RAJAH 5: Contoh pembinaan  lukisan isometri






Pendimensian Lukisan Isometri

1.Dibuat selari dengan satah paksi isometri.
2.Garisan condong dan garisan tambahan mesti diunjurkan pada satah isometri.
3.Garisan penunjuk bagi dimensi bulatan mesti menuju ke pusat bulatan atau lengkok

    RAJAH 6: Contoh  pendimensian lukisan isometri